KLIK SINI

Thursday, 9 June 2016

Novel percubaan pertama.

Assalamualaikum.. hai.. saya nurulhaziqah.. sy suka menulis tapi ilham tu jarang nak datang..ok..mulai harini.. sy cadang nak post setiap bab bagi novel sy kat blog ni..sudi-sudi lah datang jengok..boleh baca..emmmm..ni percubaan.. tidak mengharapkan yang sempurna..tapi cukup sekadar jalan cerita yang menarik.
 BAB 1 

 Aku duduk sendiri di malam hari melayan sepi di hati yang telah lama menghuni dalam diriku ini. Ya. Sepi, sendiri, terasing, semua itu ada dalam diriku. Entah aku yang cipta sendiri dimensi itu atau ia memang sudah sebati dalam diri ini. Tetapi yang aku tahu, aku selesa begini. Aku bukan mahu jadi seperti kera sumbang, aku masih boleh berbual dengan semua orang, masih boleh bergurau dan bergaul seperti mereka yang lain. Tetapi bagi aku, sendiri pada masa yang aku hanya had untuk diri ku lebih baik berbanding berada bersama rakan-rakan. Kerana aku masih perlukan masa untuk berfikir tentang diri aku yang, entahlah ke mana hala tuju nya. Walau sudah punya kerjaya, tetapi aku masih gelap tentang masa depanku. Mungkin kerana masa silam. Masa silam yang hitam dan gelap, suram, yang penuh dengan dendam. Ya. Aku hidup dengan dendam. Aku berjaya sehingga sekarang dengan dendam yang aku simpan sekian lama.

 “Nur, jauh menung.” Tegur Iya kepadaku. Dialah teman, dialah kawan, dialah sahabat. Susah senang dia, bersama aku. Tetapi susah aku, aku lebih rela sendiri, senang aku, sentiasa bersama dia.

 “ Tak ada apa lah Iya, Nur saja duduk di sini, ambil angin malam.” Kataku. 

 “Nur, semalam ibu Nur ada call kan? Dia mesti ajak Nur balik kampungkan? Nur tak nak balik ke?” tanya Iya.

 “ Nur bukan tak nak balik, Nur banyak kerja lah Iya. Ada pembekal kambing nak datang, Nur kena uruskan.” Bohongku. Aku bukan tidak mahu pulang ke kampung, tetapi terlalu banyak luka yang aku tidak boleh lupakan. Tetapi bukanlah bermakna aku terus lupakan ibu ayahku. Aku masih melawat mereka setiap bulan, tetapi aku tinggal di sana tidak lama. Jika aku mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama mereka, aku lebih selesa membawa mereka melancong ataupun membawa mereka bermalam di rumahku.

 “ Nur, sampai bila nak macam ni, kenangan tu biarlah jadi kenangan sahaja, jangan terbawa sampai mengganggu hidup Nur sampai macam ni.” Nasihat Iya. Dia tahu semua kisahku, bagi dia semua, tetapi tidak semua. Bukan semua yang pahit boleh dikongsi bersama kerana rasa itu akan jadi lebih pahit.

 “ Iya, Nur balik lah nanti, tapi hujung minggu ni memang tak boleh.” Kataku.

 “ Iya, Nur masuk dulu ya. Nur ada hal esok, nak keluar awal, kalau tidur lambat, lambat pula Nur ni pergi selesaikan hal Nur tu.”

 “ Ya lah Nur, selamat malam.”

 Aku beredar menuju ke bilikku. Makin lama aku bersama Iya, semakin banyak yang ditanya nanti. Aku bukan tidak mahu jawab, tapi aku tidak mahu terjerat dengan perasaan sendiri. Iya banyak menasihati aku, tapi aku belum sedia untuk berdepan dengan kenyataan. Aku sedar, segala apa yang terjadi dalam hidup aku ini adalah berpunca dari aku sendiri. Aku yang memilih jalan hidup begini, aku yang silap memilih langkah. Tetapi bukankah masa silam itu tidak harus diungkit. Aku masih mentah waktu itu, baru kenal dunia. Jika aku boleh khabarkan kepada seluruh dunia yang aku menyesal akan perbuatan aku itu, aku akan buat. Tetapi mereka seolah-olah hakim tidak berbayar yang suka menghakimi manusia tanpa bertanya kenapa dan mengapa aku boleh jadi seperti itu. Beginilah hidupku sejak aku berusia 20 tahun. Hidup di dalam ketakutan, perasaan serba salah. Betullah orang kata, kebaikan seribu, siapa yang nampak, kesalahan besar kuman, seumur hidup mahu dikenang. Aku lelah. 

                                                                *******

 “ Nur, tak mahu sarapan dulu?” “ 

Tak apa lah Iya, Nur dah lambat ni, ada hal dengan pembekal dan pembeli kambing, InsyaAllah hari ni Nur balik awal, boleh Nur masak untuk Iya.” 

 “ Ya lah Nur. Hati-hati.” 

Aku terus beredar dari rumah ke tempat kerjaku yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari rumah. Tempat yang aku usahakan sendiri dengan hasil titik peluhku sendiri, kandang kambing dan lembu. Memang sudah menjadi cita-citaku untuk miliki semua itu selepas aku tamatkan pengajian dalam bidang Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan di salah sebuah institusi pengajian swasta di Malaysia. Memang pekerjaan yang aku pilih ini sangat jauh dengan bidang pengajian yang aku pelajari. Tetapi bagi aku, aku belajar untuk dapatkan ilmu, dan sehingga kini aku masih belajar kerana aku sedar yang tuntut ilmu itu tidak akan pernah habis walaupun aku sudah dimamah usia. 

 “ Assalamualaikum Wani, saya ada temu janji dengan Encik Bahar kan?”

 “ Waalaikumussalam, ya Cik Iqa. Temu janji Cik Iqa jam 9 pagi.” 

 “ Terima kasih ya Wani.”

 “ Cik Iqa, tadi ada orang telefon ke pejabat, dia bertanyakan Cik Iqa.” 

 Siapa pula yang mencari aku sehingga ke pejabat. Sungguh pelik, rasanya tiada siapa tahu tentang keberadaan aku di sini.

 “ Dia ada bagi tahu nama?”

 “ Ada, namanya Hisyam. Dia cakap dia kawan lama Cik Iqa.” Seperti halilintar. Sudah 4 tahun aku tidak dengar nama itu disebut. Tetapi mengapa hari ini. Hisyam, dia lelaki yang aku tinggalkan kerana agama. Aku tidak tahu sama ada aku yang kejam atau dia yang tidak faham. Aku hanya perlukan lelaki yang solatnya cukup, yang berpegang pada agama, tetapi dia seolah buta dan pekak dengan apa yang aku perlukan. Aku tidak meminta banyak, hanya itu, soal pekerjaannya, aku sudah berjanji padanya untuk membantu semampu aku supaya dia boleh diterima oleh keluargaku. Keluarga aku hanya minta seorang lelaki yang patuh pada agama. Dan kerana panas barannya juga, aku pergi tinggalkannya. Biarlah aku dikatanya sebagai kejam, aku tidak peduli. 

 “ Macam ini lah Wani, lepas ini, jika dia ada telefon lagi, awak cakap dengan dia, saya dah pindah ke cawangan lain. Jangan cakap saya ada di sini.” Arahku. Bukan mahu mengajar pekerja sendiri berbohong, tetapi lelaki bernama Hisyam itu akan terus mengganggu jika diberi peluang. Perkenalan yang tidak sampai setahun itu sudah cukup untuk aku kenal serba sedikit tentang perangai lelaki itu. 

Aku terus masuk ke pejabat. Rutin harianku sejak dua tahun yang lalu. Aku memang sudah lama bercita-cita ingin membuka kandang kambing dan lembu. Alhamdulillah, berkat usaha serta azam yang kuat. Aku berjaya membuka kandang kambing pada umurku 22 tahun. Ketika itu aku masih belajar di kolej, diakhir semester, Aku mengumpul duit serta aku ada menulis novel, hasil daripada usaha aku itu, aku membuka sebuah kandang kambing di Johor. Kebetulan waktu itu ada seorang rakan maya yang bernama Ariff mempelawaku untuk membantu dalam mendapat pembekal kambing Australia. Perniagaan aku maju, memandangkan ibu ayah ramai kenalan, mereka banyak membantu aku dari segi mempromosikan kepada rakan mereka. Sekarang aku sudah ada kandang lembu dan kambing di Johor dan Pahang. Aku lebih selesa menguruskan perniagaan aku dari Pahang kerana, 3 tahun di sini membuatkan aku selesa serta sebati dengan suasana di sini.

 Ketukan pintu mematikan lamunanku. 

“ Ya Wani, masuk.”

 “ Cik Iqa, Encik Bahar sudah sampai.”

 Dibelakang Wani, terlihat seorang lelaki berumur lingkungan akhir 20-an. Orangnya segak dan yang pasti, aku seolah pernah melihat lelaki tersebut. Tetapi entah, aku tidak pasti di mana.

 “ Silakan masuk Encik Bahar, jemput duduk.” Encik Bahar merupakan pembekal kambing Australia yang sudah berurus niaga dengan aku sejak aku memulakan bisnes ini, cuma kami tidak pernah berjumpa memandangkan dia tidak menetap di Malaysia. Kali ini dia pulang ke Malaysia, dia ingin berjumpa dengan aku. Ingin lebih mengenali rakan niaga katanya.

 “ Terima kasih Cik Nurul.”

 Aku tersentak, kenapa dia memanggilku dengan nama sebegitu. Seolah kami pernah kenal sebelum ini. Aku hanya tersenyum.

 “ Gigi masih cantik seperti dulu.” Bisiknya perlahan.

 “ Ya Encik Bahar, ada yang tidak kena ke?” tanyaku. Aku mendengar jelas ayatnya tadi, tetapi hanya untuk pastikan sahaja, risau masuk bakul angkat sendiri.

 “Ha ha ha, tidak ada apa pun. Tidak perlu lah panggil saya Encik Bahar, panggil saya Ariff, Ariff Bahar Bin Ismail Bahar.” katanya.

 “ Baiklah, saya pun tak sangka selama ni Encik Bahar yang berurusan dengan saya ni masih muda. Ya lah, selalunya yang nama Bahar ni orang tua.” Aku ketawa kecil, begitu juga dengan Encik Bahar, opppsss!! Ariff.

 “ Amboi, pandai Cik Nurul, bergurau.” Katanya. Aku masih cuba mengingat, di mana aku bertemu dengan Ariff, kerana wajahnya begitu familiar.

 “ Berapa lama Encik Bahar, maaf, Encik Ariff berada di Malaysia?” tanyaku. Bukan aku mahu tahu sangat, cuma mahu memecahkan kesunyian. 

 “Saya balik untuk selamanya, saya pernah bagi tahu kan dulu, awak mesti dah lupa.” katanya sambil tersenyum menyerlahkan lagi kesepetan matanya.

 Aku tiba-tiba jadi pelik, dulu? Bila? Aku dah pening. Encik Ariff ni ada penyakit jiwa ni. Baru kematian isteri barangkali. Gila meroyan.

 “ Baiklah, Encik Ariff, memandangkan Encik Ariff pulang ke Malaysia untuk selamanya, mudahlah lepas ini jika kita ingin berurusan.”

 “ Saya harap begitulah, sudah lama sangat saya berada di negara orang. Cik Nurul, awak memang tak pernah nampak saya?” Tanya Encik Ariff.

 Dalam hatiku, memang aku pernah melihat dia. Tetapi seingatku, hanya pada gambar. Aku tidak pernah berbual atau terserempak dengannya. Cara Encik Ariff ini pula seperti dia pernah mengenali aku. Barangkali dia tersalah orang. Mungkin. 

 “ Tidak, saya tak pernah kenal orang bernama Ariff Bahar sehingga saya jumpa Encik Ariff, pembekal kambing untuk kandang kambing saya.” Kalau pun aku pernah mengenali Encik Ariff, aku tidak berniat untuk mengingatinya. Cukup yang lepas, walau manis, walau pahit, aku tidak mahu ingat lagi.

 Perbincangan bersama encik Ariff berjalan dengan lancar. Kepulangannya ke Malaysia memudahkan lagi urusanku bersama dengannya. Kami juga ada merancang untuk menjadi rakan kongsi dalam projek akan datang.

 Jam menunjukkan 5.00 petang, aku sudah berjanji dengan Iya untuk memasak untuknya. Selesai mengemas barang di pejabat. Aku pergi ke pasar raya berhampiran dengan rumahku untuk membeli barang basah untuk memasak makan malam.'


   “ Cik Nurul!” Seperti ada suara yang menyebut namaku. Tetapi bukan aku seorang yang bernama Nurul di sini. 

 “ Amboi Cik Nurul, saya panggil, dia buat tak tahu saja, sombong betul ya.” Tegur pemuda tersebut.

 “ Lah, Encik Ariff rupanya, saya manalah nak perasan. Selama saya berbelanja kat pasaraya ini, dari saya duduk di kawasan ini, tak pernah pula orang panggil saya. Lagi-lagi guna nama Nurul, memang saya tak perasan la.” Balasku.

 “ Cik Nurul pun tinggal di kawasan ini kah? Samalah kita. Saya tak tahu lah, dari saya balik hari itu, hati saya ni menolak-nolak kaki saya untuk menetap di sini. Ha ha ha.” Balasnya sambil ketawa. 

Amboi, suka benar mamat sorang ni. Dia ingat lawak lah macam itu.

 “ Encik Ariff, saya dah nak bayar ni. Nak balik, nak masak. Minta diri dulu.” Tanpa menunggu jawapannya, aku terus berlalu menolak troli ke kaunter bayaran. Malas mahu berborak panjang. Tak suka!

 “Amboi minah ni. Sombong betul, dulu bukan main dia mesra betul dengan aku. Sekarang, terus tak kenal.” Gumam encik Ariff seorang diri.

 Jenis hubungan apakah yang pernah mereka lalui. Entahlah, samada Ariff Bahar yang cuba lupakan hubungan mereka, atau Nurul Iqa yang berpura-pura lupa tentang masa silam mereka.

                                                                         ******

 “Assalamualaikum, emmmm. Sedapnya bau, biar Iya teka, Nur masak lemak ketam kan?” sapa Iya dari belakang. Lambat pula dia pulang hari ini. Iya bekerja sebagai pengurus restoran di bandar Kuantan. Sejak dia mula datang sini, lebih kurang dua tahun yang lepas. Aku yang mengajaknya tinggal denganku memandangkan pada waktu itu dia secara rasminya menjadi penganggur terhormat. 

 “ Tahu-tahu saja Iya ni.”

 “ Iya tahu la. Walaupun Nur cakap Nur nak masakkan untuk Iya, tapi Iya tau, Nur akan masak masakan kegemaran Nur” katanya jujur. Kami berdua gelak. Memang betul pun, walaupun niatnya mahu masakkan untuk Iya, tetapi makanan kegemaran aku mesti ada. Kalau tak masak lemak ketam, rendang ayam. Itu sahaja.


 “ Nur ada masak lain, cuba Iya teka apa?” “ Ayam goreng kunyit, kangkung goreng, betul tak?” “ Betul, bagus-bagus. Iya memang memahami.

"  Dah, pergi naik atas, mandi solat semua. Lepas maghrib, kita makan semua ni. Bukan selalu ternak lemak macam ni.” Kataku. Aku memang jarang sekali memasak di rumah. Bukan kerana aku malas, tetapi aku sering pulang lewat dari kerja, banyak urusan yang perlu diuruskan. Perniagaan aku masih lagi setahun jagung, Jadi aku tidak boleh bersenang lenang dengan kedudukan yang aku sudah capai pada hari ini. Mungkin esok atau lusa bakal ada krisis. Siapa tahu.

Tuesday, 25 August 2015

Hati yang tenang jangan disangka tiada gelora

Aku senyum..sentiasa senyum...sentiasa gembira..bkn kerana aku tiada kesedihan..bkn kerana aku selalu senang..tetapi aku sedar sesuatu perkara..manusia mana yg sukakan kesedihan..so..utk ape aku tunjukkan semua itu..